Registration for Industrial Radiography Level 2 for July 2024 is NOW OPEN!
Registration for Industrial Radiography Level 2 for July 2024 is NOW OPEN!
Signed in as:
filler@godaddy.com
"Terima kasih Madani kerana telah menyediakan platform kepada saya untuk terlibat dalam bidang kerjaya Oil & Gas. Bermula dari RT Level 1 kemudian RT Level 2 disitu dan akhirnya nampak laluan untuk menjadi RPO atas dorongan tenaga pengajar Madani yang berpengalaman luas dalam mengembangkan ilmu Radiografi ini. Diharapkan Madani dapat membuka mata lebih ramai masyarakat diluar sana tentang peluang kerjaya yang terdapat dalam bidang Radiografi Industri. Terima kasih dan Selamat Maju Jaya!"
Alhamdulillah Mr.Nazri telah berjaya lulus dengan cemerlang bagi Kursus Radiografi Industri Tahap 2 Peringkat Kebangsaan. Beliau adalah alumni pelajar Mechatronics Engineering di German - Malaysian Institute dan ternyata beliau telah menggunakan sebaiknya ilmu yang ditimba untuk lulus dengan cemerlang di peringkat professional. Dengan umur semuda 23 tahun, beliau telah tergolong dalam antara yang sedikit yang mempunyai persijilan Radiografi Industri Tahap 2 di Malaysia dan secara tak langsung telah meningkatkan 'marketability' beliau dalam industri NDT di Malaysia. Beliau kini sedang berkhidmat di sebuah Syarikat NDT,LJ Inspection di Johor dan sedang terlibat dengan Projek RAPID,Pengerang. Kami pihak MADANI NDT mendoakan kejayaan beliau dan semoga beliau dapat meningkatkan 'skill' dan 'knowledge' dalam bidang berkenaan supaya dapat dikongsi kepada generasi yang akan datang. Tahniah Tuan, semoga anda menjadi inspirasi kepada rakan-rakan dan pelajar-pelajar lain.
Mr. Bazli dari Kelantan adalah seorang Alumni pelajar UTM Skudai (Bachelor in Mechanical - Aeronautics Engineering). Berbekalkan kemahiran beliau dalam bidang kejuruteraan beliau telah berjaya lulus PeperiksaanRadiografi Industri Tahap 2 dan sejurus selepas itu beliau telah dipanggil untuk ditemuduga di PETRONAS dan diterima masuk ke dalam PETRONAS di Pengerang. Syabas diucapkan kepada Bazli dan semoga beliau dapat menyebarkan ilmu beliau kepada semua.
Alhamdulillah Mr.Ismat adalah salah seorang pelajar MADANI NDT yang telah berjaya lulus Peperiksaan Radiografi Industri Tahap 2 dengan cemerlang. Selepas berjaya dalam peperiksaan Radiografi Industri Tahap 1 beliau terus bersama MADANI NDT untuk 'upgrade' ke Tahap 2 dan sekarang beliau merupakan antara 814 orang pemegang sijil SKM Tahap 2 yang sah di Malaysia. Dengan 'marketability' yang sangat tinggi, Beliau memilih untuk berkhidmat di sebuah Syarikat NDT (Lott Inspection) dan masih bersemangat untuk belajar demi memperkasakan ilmu dalam bidang NDT. Kami doakan supaya En.Ismat terus berjaya dan dapat menimba ilmu untuk dimanfaatkan kepada orang disekelilingnya. Syabas dan Selamat Maju Jaya Tuan!
Mr Hasif Saniy jejaka dari Arau, Perlis dan juga alumni Institut Kemahiran MARA Beseri, Perlis (Kursus Teknologi Kimpalan) merupakan salah seorang pelajar MNTCSB yang telah lulus Kursus Radiografi Industri Tahap 1 dan beliau sekarang sedang bekerja sebagai QC Inspector di sebuah Syarikat "Boiler Fabrication".
Walaupun beliau berasal dari negeri yang paling kecil di Malaysia, jiwanya ternyata besar apabila beliau sanggup mengembara demi untuk menimba pengalaman dalam dunia industri di Malaysia. Diharapkan satu hari nanti beliau dapat kembali ke MNTCSB untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang ditimba. Syabas dan selamt maju jaya diucapkan.
Copyright © 2024 MADANI Training & Consultancy Sdn Bhd - All Rights Reserved.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.